KENANGAN TERINDAH I

Assalamualaikum . . .


Kulari ke hutan kemudian menyanyiku

Kulari ke pantai kemudian teriakku

Sepi… sepi dan sendiri aku benci

Ingin bingar aku mau di pasar

Bosan aku dengan penat

Enyah saja engkau pekat

Seperti berjelaga jika kusendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai

Biar mengaduh sampai gaduh

Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih

Kenapa tak goyangkan saja loncengnya biar terdera?

Atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai?

#Rangga (2002)

hai follower ! terlalu lama rasanya jari-jari runcing ini tidak menari-nari di papan kekunci. auchhh~ perpuisian yang mendalam. terlalu banyak jaring labah-labah dalam blog ni , bak kata Rangga, hikhikhik.

how are you ? me ya. I'm okay ~ maybee.



setelah berkurun lama baru ada hati mau update entry baru dalam ni, alasan yang "kurang kukuh" yang akan saya katakan " I'm busy with my study " hahaha, so janganlah tanya lelebih ya. 

entry kali ini syira mulakan dengan satu puisi yang dipetik daripada filem Ada Apa Dengan Cinta 1 ( AADC 1 ) . 

puisi ini amat mendalam maknanya. hikhikhik~ pepaham la sendiri ya. hahaha, tapi sebenarnya puisi tu tiada pun kena mengena dengan apa "tujuan" sebenar entry kali ini, skadar hiasan semata-mata. hiihihi.

sekarang ( 25/12/16 ) tepat jam 2:42 a.m ! yup , I'm still Student, dan isu tidur lewat ini sesuatu yang biasa beb. hahaha, sebelum aku merapu lebih, I just want to wish something. Selamat Hari Natal buat semua oranglah. hihihi, kita duduk di Malaysia ni banyak perayaan, kaum, agama, budaya, dll tapi kita tetap satu , we are MALAYSIAN ! hihihi.


Nak juga kongsikan sikit apa itu Hari Natal 

Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin). 

Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir (Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory). 


Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19. 

dan lagu yang paling sis suka time-time krismas ni lagu 

Tajuk dia : 
All I Want For Christmas Is You 
by : Justin Bieber Duet with Mariah Carey


okay done cerita tentang Hari Natal :) 
kita sambung pula cerita karut mengarut sistur ya. seminggu lengkap sistur mereput dalam bilik disebabkan sedang ber"study-week". hahaha, penyesalan tidak balik kampung di saat-saat ini amatlah tinggi. tapi salah sistur jugalah sebab terlalu & over thinking about other things then diri sendiri yang merana. hahaha, padan muka.

 seperti sem-sem lepas juga sistur belum taubat untuk fokus on my study dan buka buku. hahaha, bukan mau riak ka, sombong ka , apa ka , tapi memang kelaut mood study tu. tapi harapan mau gred on time tu tersanggat membuak-buak . hkhikhik

study week ni semua demam ada, demam rindu rumah, rindu keluarga, rindu kengkawan di kampung halaman tercinta, semua demam. tapi tabahlah sebab tahun akhir juga sudakan ?

tujuan entry kali ini , sistur nak cerita tentang 2 aktiviti yang terbaik semenjak diri sis ini jejakkan kaki ke dunia Universiti. 

program pertama ialah Program International Human Resource (IHRM) yang diberi nama "PROSEAT". perancangan awal program ini ingin dilakukan di Ranau, namun disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan, program ini telah digantikan dengan program sukarela yang diberi nama "Community Engagement 'Food Fair 2016' Seri Mengasih Centre". dalam program ini, pelajar yang mengambil subjek IHRM dibawah naungan En. Fauzie Sarjono iaitu Pensyarah subjek itu sendiri wajib untuk turut serta program sukarela ini kerana program ini merupakan salah satu syarat lulus subjek beliau. hihihi, but yes ! segalanya sangat berbaloi. 

segalanya telah dirancang oleh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Tertinggi yang diketuai oleh Afdal Majuleka yang dibantu oleh komrat-komrat yang lain. sangat bersyukur kerana, pihak Seri Mengasih Centre (SMC) sangat berbaik hati untuk menerima kehadiran kami dan mengalu-alukan kedatangan kami di tempat tersebut. 


sedikit tentang SMC :

 Seri Mengasih Centre ialah pusat pembangunan khas yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia menyediakan pelbagai jenis program latihan untuk orang kurang upaya dan perkhidmatan intelektual dan perkembangan keluarga mereka.
Pada tahun 1981 : 
Ia telah ditubuhkan sebagai sekolah khas pertama di negeri Sabah untuk kanak-kanak yang keperluan khas tidak dapat dipenuhi di sekolah arus perdana. Ia adalah satu projek yang dimulakan oleh sekumpulan sukarelawan dengan kerjasama Persatuan Kesihatan Mental Sabah dan ditubuhkan oleh suatu Lembaga Pengurusan. 
Seri Mengasih bertujuan untuk meningkatkan harapan yang tidak aktif dari segi intelek dan perkembangan untuk pembangunan holistik mereka dari zaman awal sehingga, sejauh mungkin.

okay habes cerita tentang SMC sambung cerita tentang program ini.

dalam program ini, telah diagihkan kepada 2 kumpulan iaitu 

- kumpulan yang bertugas di SMC
- kumpulan yang menyediakan makanan BBQ 

then, sistur kurang tahu sikit apa aktiviti yang mereka lakukan untuk kumpulan pertama kerana saya berada di kumpulan yang kedua :)
namun, berdasarkan apa yang saya dengar, kumpulan pertama tegah diagihkan dengan pelbagai aktiviti untuk membantu dalam menjayakan Program Food Fair SMC, maksudnya mereka akan bertindak sebagai AJK bantuan/khas untuk apa-apa sahaja kerja. contohnya, jaga parking untuk pengunjung, jaga booth, kutip sampah, runner dan sebagainya. 

untuk kumpulan kedua. yes we are about FOOD ! hihihi, maksudnya disini macam meraihkanlah juga aktiviti yang telah kami lakukan. aktiviti BBQ dilakukan pada petang hari oleh keraja masalah yang tidak dapat dielakkan. 

sistur nak juga lampirkan sehelai dua helai gambar throwback , hewhewhew~

* ni En. Fauzie Sarjono *

* dari kiri Saiful Fahmi ( Ketua bagi team Bicara Ilmu ) ditengah tu En. Fauzie Sarjono dan seterusnya Mohd Afdal Majuleka ( Ketua Team PROSEAT ) *

gambar seterusnya tiada caption , awak awak semua la yang buat caption sendiri . hihihi



_sistur yang cute_



* kejayaan milik team PROSEAT untuk game tarik tali, sistur pun join tauuuu . hihihi *

* renungan seketika : jangan ditenung susah payah kita, kerna sesusah susah kita ada lagi yang susah. syukur dengan apa yang Allah berikan. tidak semua orang merasa apa yang kita rasa, kita istimewa sebab Allah uji kerja Allah sayang :) *



* special thanks for this team. merekalah yang bersusah payah untuk membakar sayap-sayap , ikan-ikan, sosej-sosej dll :) *

yup, memang syiok ! sangat-sangat best. hahaha, terlalu banyak kenangan tercipta tapi kenangan ini sangat memberikan memori yang terindah. itu yang dapat aku katakan sebagai salah satu pelajar yang terpilih untuk ikut program ini. 
terlalu banyak perkongsian yang diberikan oleh En. Fauzie yang membuka mata , pandangan, nasihat, pengalaman dan itu amat ku hargai dan ku ingati. 


 opssst~ apaa pulak nak cer ni ? ada kemah , ada bukit , ada sungai , ada embun~ 
ni program kedua yang aku ikut dalam sem 5 tahun 3. ni triller sikit . hahaha, tapi akan di update untuk entry akan datang. hal ini kerana, hahahaha. jari jemari sis terlalu penat untuk menari-nari di atas papan kekunci laptop ini. hahaha, 

so, mau tahu best ka tidak ? triller ka tidak, teruskan menanti tau. hihihi, 

KENANGAN TERINDAH KU. 

bersambug~~~




Comments

Popular posts from this blog

DOMESTIC INQUIRY TEAM